Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri teruja bukan main apabila mengetahui Datuk Seri Siti Nurhaliza membeli beg tangan jenamanya semasa siaran langsung TikTok baru-baru ini.
Menurut laporan mStar, Aliff berkata dia pada mulanya menyangka hanya gurauan, namun selepas menyemak transaksi, ternyata TokTi betul-betul beli!
Saya macam tak percaya bila pengikut beritahu TokTi beli beg saya. Bila semak sistem dan tengok bayaran dah dibuat, saya terus rasa seronok!
“Satu penghormatan luar biasa,” – Aliff Syukri
Aliff menganggap pembelian itu bukan sekadar sokongan, tetapi satu pengiktirafan besar kepada usahawan tempatan sepertinya. Katanya, beliau kagum kerana ikon besar seperti TokTi pun sanggup menyokong produk bumiputera.
Siapa sangka orang macam beliau pun boleh sokong saya. Ini satu penghormatan luar biasa untuk diri saya.
Sempat nyanyi lagu Siti tanda terharu
Bukan tu jer, Aliff turut mendendangkan lagu-lagu popular TokTi seperti Bukan Cinta Biasa dan Joget Pahang sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas sokongan tak dijangka itu.
Reaksi spontan dan lucu Aliff itu turut tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen.