Connect with us

Oh! Artis

Misha Omar Kembali Gegarkan Industri Muzik Dengan ‘Break’, Hasil Sentuhan Melly Goeslaw!

Misha Omar Break

PALING TOP!

Misha Omar Kembali Gegarkan Industri Muzik Dengan ‘Break’, Hasil Sentuhan Melly Goeslaw!

Penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar kembali dengan karya penuh emosi dan bermutu tinggi berjudul Break, hasil kolaborasi pertamanya dengan komposer legenda Indonesia, Melly Goeslaw.

Single yang dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2025 ini diterbitkan oleh Sony Music Entertainment, dan turut menjadi runut bunyi kepada drama Mandul Bukan Pilihan di Astro Ria dan sooka.

Misha Omar DM Melly Goeslaw

Menurut Misha, kerjasama ini bermula selepas beliau memberanikan diri untuk menghantar mesej terus (DM) kepada Melly di media sosial.

Saya DM beliau memberitahu hasrat untuk memiliki sebuah lagu yang diciptakan oleh beliau… dan Melly menciptakan Break khusus buat saya.

Lagu tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh Melly, manakala penerbitan muzik pula diuruskan oleh Tohpati, satu lagi nama besar dalam industri muzik Indonesia.

‘Break’ simbolik untuk terus melangkah

Walaupun judul lagu membawa maksud “rehat” atau “jeda”, Misha menegaskan ia bukan isyarat untuk berhenti, sebaliknya lambang ketekunan dirinya untuk terus menghasilkan karya berkualiti.

Sebagai penghibur, Break menambah repertoir karya saya selama ini.

Kelas vokal dan ‘bedah lirik’ demi jiwa lagu

Bagi memastikan Break disampaikan dengan sepenuh jiwa, Misha menjalani latihan vokal ketat bersama Datuk Syafinaz Selamat, termasuk proses ‘membedah lirik’ bagi penghayatan maksima.

Saya mahu menyampaikan karya ini dengan cukup baik. Semoga Break dapat menyentuh jiwa dan membekas di hati peminat.

Bukan abaikan karyawan tempatan

Menjawab persoalan tentang pemilihan komposer luar, Misha turut berikan penjelasan mengenai hal ini.

Ia bukan untuk menafikan kehebatan karyawan seni tempatan. Tapi untuk meneroka potensi diri dan merai kepelbagaian muzik Nusantara.

Jom layan ‘Break’

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in PALING TOP!

Advertisement

Trending

To Top