Connect with us

Oh! Artis

Hafiz Suip Akhirnya Dedah Punca Rumah Tangga Retak?

KELUARGA

Hafiz Suip Akhirnya Dedah Punca Rumah Tangga Retak?

Penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip akhirnya membuka kisah hitam dalam hidupnya apabila mengakui amarah yang tidak terkawal menjadi punca utama kehidupannya musnah.

Dalam satu perkongsian penuh emosi di Instagram, Hafiz berkata kegagalannya mengawal perasaan marah telah membawa kepada pelbagai keputusan salah yang akhirnya menghancurkan segalanya.

Amarah… itu punca utama hidup saya hancur. Itu bukan cara selesaikan masalah. Semua orang ada rasa marah, tapi kalau tak dikawal, semuanya boleh musnah,” luahnya.

“Allah beri kita rasa marah, itu fitrah. Tapi..” – Hafiz Suip

Hafiz turut berkongsi bahawa dia kini sedang melalui fasa muhasabah diri dan belajar untuk mengawal emosinya.

Allah beri kita rasa marah, itu fitrah. Tapi kita kena bijak uruskan. Saya belajar daripada kesilapan… kalau sesuatu perkara itu baik, saya teruskan. Kalau tidak, saya tinggalkan.

Hanya dapat lihat anak melalui skrin

Paling menyentuh hati, Hafiz meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap dua orang anak lelakinya yang kini di bawah jagaan Nureffy.

Setiap hari saya rindu anak-anak. Rasa nak telefon, nak dengar suara mereka. Tapi mereka sibuk dengan sekolah, jadual penuh. Saya pula jauh.

Sekarang hanya mampu buat panggilan video, tanya khabar dan lihat wajah mereka dari skrin. Mak mereka yang selalu kemas kini keadaan mereka.

Hafiz turut mengakui Nureffy adalah insan yang paling layak menjaga anak-anak, dan dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in KELUARGA

Advertisement

Trending

To Top