Connect with us

Oh! Artis

Didakwa Jadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Zizi Kirana, Alya Iman Akhirnya Buat Tindakan

GOSIP

Didakwa Jadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Zizi Kirana, Alya Iman Akhirnya Buat Tindakan

Pelakon jelita, Alya Iman akhirnya bersuara tegas selepas dituduh menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Zizi Kirana dan Yusuf Baharin.

Menurut laporan mStar, Alya yang juga anak kepada pelakon lagenda Azmil Mustapha telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas kerana tak mahu namanya terus diburukkan.

Sebagai wanita, saya ada maruah dan mahu menjaga nama baik. Jadi apa-apa orang cakap fasal saya yang tidak benar, saya kena pertahankan diri saya.

Netizen dah tak berani kecam lagi

Menurut Alya, selepas membuat laporan polis, kecaman terhadap dirinya semakin reda dan ruangan komen di media sosial juga telah dibuka semula.

Sekarang tiada lagi kecaman netizen. Saya dah buka balik ruangan komen selepas buat laporan untuk pihak berkuasa siasat.

Tambahnya lagi, senarai nama netizen yang membuat fitnah juga sudah diserahkan untuk tindakan lanjut.

Alya Iman tak akan biarkan orang ambil kesempatan

Alya akui bukan mudah untuk berdepan dengan situasi sebegini, namun beliau tidak mahu terus jadi mangsa buli siber.

Benda ini mungkin akan jadi satu permainan panjang, tapi saya rasa berbaloi. Sebagai public figure, ini adalah cara untuk saya ajar orang supaya jangan sesuka hati tuduh orang.

Pihak berkuasa sahkan terima laporan

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, mengesahkan laporan yang dibuat oleh Alya telah diterima dan akan dirujuk kepada SKMM untuk siasatan lanjut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in GOSIP

Advertisement

Trending

To Top